Jumaat, 16 Oktober 2009

MEDICAL CARD eTiQa






Medical Card eTiQa Takaful Maybank atau MEDIC SAVE RIDER (MSR) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takaful khas untuk perlindungan bil perubatan.

<>
Antara kelebihan MSR adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital MediJaring .

    Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Dan banyak lagii......

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat MSR .

Perhatian :

Manfaat MSR ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% ( maksimum RM 3,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, eTiQa Takaful Maybank akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation

(ko-takaful :10% <=3000)

Contoh 1 :

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. , manakala eTiQa bayar selebihnya iaitu RM 1,800

Contoh 2 :

Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 50 hingga 3000. eTiQa akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :

Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM3,000 disebabkan had maksimum adalah RM3,000. eTiQa akan membayar baki bil iaitu RM 27,000.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.


2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke eTiQa Takaful Maybank. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

CONTOH PROPOSOL

Umur Peserta : 35 tahun (Lelaki)
Bayaran : RM150 / bulan
Tempoh Bayaran : 20 tahun (sehingga umur 55 tahun)

Plan Etiqa Mesra (Bayaran : RM86.37)


• Perlindungan Asas : RM51,032 (Meninggal Dunia atau Lumpuh)
• Pulangan Matang (20 tahun) : RM23,785

Rider Medical Card-PLAN 4 (Bayaran : RM63.63)

• Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM60,000
• Khairat Kematian : RM4,000
• Bilik Penginapan Hospital RM200
• Yuran Laporan Perubatan RM80
• Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar RM1,250
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian RM1,250
• Rawatan Kecemasan Kesakitan RM50
• Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar RM1,250.
Seperti Yang Dicaj
• Unit Penjagaan Rapi
• Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
• Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Lawatan Pakar Perubatan Dalaman
• Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
• Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis
• Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital
• Pembedahan Pesakit Luar

Khamis, 6 Ogos 2009


KESILAPAN KEWANGAN UMUM
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali.
Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?
Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.
Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?
Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?TINDAKAN SUSULAN!!!Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

Selasa, 4 Ogos 2009

JAWATAN KOSONG


SAYA INGIN MENJEMPUT SESIAPA SAHAJA YANG BERUMUR 20 TAHUN KEATAS DAN MEMPUNYAI SEKURANG- KURANGNYA DIPLOMA (TIDAK MENGIRA BIDANG) UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL DI ETIQA TAKAFUL BERHAD.....

JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG JUTAWAN YANG MENTAATI PERINTAH ALLAH......CIRI-CIRI WAKIL MESTILAH BERCITA-CITA TINGGI DAN INGIN BERDAKWAH MENGENAI MUAMALAH ISLAM.

SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI SEORANG USAHAWAN TAKAFUL SILA HUBUNGGI SAYA. LEBIH BANYAK KEJAYAAN DI ETIQA TAKAFUL BERHAD.

Jumaat, 24 April 2009

kita kawan kan?????

MINGGU KAWAN SEDUNIA
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??
Mereka berkedip bersama...... ......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama...... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... .....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............... .
Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA ...........

Siapa kawan anda ??
Hantar email ini untuk semua kawan anda.....
Termasuk saya jika saya salah seorang kawan anda........
Lihat berapa banyak anda dapat balik daripada mereka, Jika anda mendapat lebih drpd 3.....
Itu bermakna anda adalah seorang
"KAWAN YANG PENYAYANG.."
Kita kawan kan ? ?????

kenangan 2007


Gambar bersama Imam Muda pada bulan puasa 2007

kerja Yahudi menyesatkan umat islam

Kerja Yahudi menyesatkan umat Islam
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SHEIKH Sya’rawi berkata: “Kemudian datang Nabi Isa a.s dengan risalah untuk menjauhkan Bani Israel daripada materialisme yang mengalih kepada iman dengan perkara yang ghaib tetapi risalah Isa a.s ini telah sempurna diubahnya juga oleh Bani Israel.
“Atas dasar inilah manusia lebih aula mengikut manhaj Nabi Ibrahim a.s. Kemudian selepas itu, Allah SWT menjelaskan bagaimana nawaitu ahli kitab suka menyesatkan orang beriman”.
Ayat ke-69
Firman Allah SWT yang bermaksud: Segolongan dari ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
Sebab Nuzul
Ibn Jauzi berkata: Sebab turunnya ayat ini bahawa golongan Yahudi pernah memperdaya sahabat nabi iaitu Nuaz bin Jabal dan Ammar bin Yasir seraya berkata: “Kamu tinggal agama kamu dan mengikuti agama Muhammad lantas turunnya ayat ini”.
Inilah pendapat Ibn Abbas r.a dan disebut oleh al-Wahidi dalam asbab al-nuzul.
Iktibar dan fiqh ayat:
lIbn Kathir berkata: “Allah menjelaskan betapa sifat hasad Yahudi terhadap orang yang beriman dan cita-cita mereka untuk menyesatkan akhirnya terkena atas mereka sendiri”.
lIbn Jauzi berkata: “Maksud taifah ialah kumpulan atau jemaah yang berhimpun atas satu-satu agama. Ada dua pendapat berkenaan kumpulan ini:
Pertama: Mereka adalah golongan Yahudi. Inilah pendapat Ibn Abbas r.a.
Kedua: Yahudi dan Kristian. Inilah pendapat Abu Sulaiman Addi Masyki.
lSheikh Abu Zahrah berkata: “Allah kemukakan ayat ini dengan panggilan atau seruan kepada ahli Kitab menyeru mereka supaya beriman dengan menjelaskan kepada mereka dengan sighah istifham ingkari taubikhi (persoalan secara ingkar dan hinaan). Daripada seruan keimanan yang thabit.
lAl-Sonhadji berkata: “Perbuatan menyesatkan orang seperti ini, adalah suatu jenayah yang terkutuk”.
lHamka berkata: “Di zaman Rasulullah SAW, mereka telah cuba menyesatkan kaum yang beriman dengan berbagai usaha, akhirnya mereka telah menuju keruntuhan sendiri dengan perbuatan mereka.
“Di zaman yang seterusnya berulang lagi percubaan mereka hendak menyesatkan kaum Muslimin akan tetapi tanpa disedari mereka telah menyesatkan diri mereka sendiri dan menjadi hina di sisi makhluk yang lain”.
Ayat ke-70
Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai ahli Kitab! mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaran-Nya?
Iktibar dan fiqh ayat:
lAl-Qurtubi berkata: “Dengan sahihnya ayat-ayat yang ada di sisi kamu daripada kitab-kitab kamu. Inilah yang dinukilkan daripada Qatadah dan al-Suddi”.
lMenurut ahli tafsir al-Razi, ayat ini adalah teguran kepada ahli-ahli kitab yang telah melihat di dalam Taurat sendiri tanda-tanda bahawa Nabi Muhammad SAW akan datang pada akhir zaman, menyempurnakan isi kitab Taurat itu.
“Demikian pula keterangan yang dibawa oleh Nabi Isa di dalam Injil. Hanya kerana perasaan hasad dan dendam mereka menidakkan segal kebenaran yang telah termaktub di dalam Taurat dan Injil”.
lMuhammad Quraish Shihab berkata: “Jika demikian itu, latar belakang dari sikap dan tingkah laku mereka, maka pada tempatnya mereka dikecam.
“Wahai ahli Kitab, yakni orang-orang yang seharusnya mengetahui tentang kebenaran.
Mengapa kamu terus menerus dari saat ke saat sebagaimana difahami dari kata takfurun yang menggunakan bentuk mudhari’ (kata kerja masa kini) dan yang akan datang mengingkari ayat-ayat Allah, yakni menutupi kebenaran padahal kamu menyaksikan kebenarannya dengan mengetahuinya secara jelas dan pasti”.
Ayat ke-71
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
Iktibar dan fiqh ayat:
lAl-Alusi berkata, ada beberapa pendapat berkenaan dengan maksud ayat ini:
Pertama: Dikehendaki dengan penyelewengan mereka berkenaan dengan kitab Taurat dan Injil. Inilah pendapat al-Hasan dan Ibn Zaid.
Kedua: Mereka menzahirkan Islam dan menyembunyikan sikap nifak. Inilah pendapat Ibn Abbas r.a dan Qatadah.
Ketiga: Dikehendaki dengan beriman kepada Musa a.s dan Isa a.s serta kufur dengan Muhammad SAW.
Keempat: Dikehendaki bahawa apa yang mereka mengetahui dalam hati mereka kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW dan mereka mendustakannya.
Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata, Allah mendahulukan dengan seruan ahli kitab sebagai tambahan untuk mengherdik dan mereka ini patut diherdik kerana dua perkara dan thabit bagi mereka perkara yang ketiga:
Pertama: Mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan.
Kedua: Menyembunyikan kebenaran yang mereka mengetahuinya.
lAl-Maraghi berkata: “Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran yang dibawa oleh para Nabi, yang diterangkan oleh kitab-kitab suci mereka tentang ibadah mereka hanya kepada Allah SWT semata-mata, khabar gembira tentang kedatangan seorang nabi daripada keturunan Nabi Ismail a.s yang mengajar manusia kitab dan hikmah. Berbanding dengan kebatilan yang diajarkan oleh para pendeta dan tokoh agama kamu dengan pentakwilan-pentakwilan yang salah. Lalu kamu jadikan semua itu sebuah agama yang wajib diikuti”.
lHamka berkata: “Seorang orientalis Graf Henry du Castrie, mengakui sebagai hasil penyelidikannya untuk propaganda menimbulkan kebencian kepada Islam dan Nabinya. Sebelum umat Eropah dikerahkan kepada peperangan Salib yang terkenal disiarkan berita-berita bohong, dikatakan bahawa orang Islam adalah penyembah berhala dan nama berhala itu ialah Tarfagant terletak dalam kaabah”.
Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sifat golongan Yahudi atau ahli Kitab sentiasa ingin mengganggu gugat serta memesongkan umat Islam daripada ajaran sebenarnya.
Ya Allah, berilah kami hidayah-Mu dan taufik serta selamatlah kami daripada kesesatan. Amin.

PENGISLAMAN DIRESTUI

Muhammad Chan bersyukur pengislaman direstui
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
MUHAMMAD Chan Abdullah bersama anak sulungnya, Amos Chan di hadapan restoran yang terletak di Jalan Melati, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
KEINGINAN Chan Chean Chuan atau nama Islamnya, Muhammad Chan Abdullah mengucap dua kalimah syahadah berputik sejak enam tahun lalu. Namun, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat.
Pada waktu itu juga, kesihatan Chean Chuan ibarat nyawa-nyawa ikan. Doktor bagai sudah putus harapan dengan menyarankan agar beliau dibawa pulang ke rumah.
“Sejak disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada tahap kronik, kehidupan saya berubah sama sekali.
“Rutin seharian saya dihabiskan dengan berbaring di kerusi malas. Saya rasa tidak bermaya langsung, cepat letih dan mengalami bengkak-bengkak keseluruhan badan, walaupun telah diberikan suntikan bagi membolehkan saya membuang air kecil.
“Sayangnya, rawatan itu tidak berfungsi malah saya terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat, kesan pengambilan ubatan itu,” kata Muhammad Chan, 55, yang kini sudah sembuh sepenuhnya selepas puas berikhtiar.
Seperkara yang diakui Muhammad Chan mengenai beberapa asbab yang membawa kepada pengislamannya, selain menggemari kelunakan bilal melaungkan azan, meskipun tidak memahami maksudnya, beliau juga tertarik dengan salah satu ibadat wajib bagi penganut agama Islam iaitu melihat mereka mendirikan solat terutamanya solat Jumaat.
Katanya, melihat umat Islam berjemaah membuktikan satu disiplin serta kesatuan yang teguh. Kewajipan mendirikan solat lima waktu dalam sehari malah tidak termasuk solat sunat yang lain, turut menjelaskan betapa rapatnya hubungan seseorang Muslim itu dengan Allah. Ia secara tidak langsung menyedarkan saya betapa kita perlu kepada-Nya walau sesibuk manapun kita.
“Ini tidak pula kalau kita lihat kepada ibadat puasa, zakat dan lain-lain. Hakikatnya, syariat di dalam agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam itu merangkumi segala aspek dalam kehidupan. Yang pastinya, Islam itu tidaklah terlalu susah kalau hati kita benar-benar inginkannya ditambah dengan hidayah yang diterima.
“Sebenarnya, saya sudah lama berkehendak kepada agama Islam ini tetapi pada masa itu, saya tidak tahu bagaimana caranya. Sehinggalah bila saya berjumpa dengan seorang teman dan dia membawa saya ke Pejabat Agama Islam di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor untuk melakukan pengislaman,” terang Muhammad Chan yang mengucap dua kalimah syahadah setahun lalu.
Menariknya tentang kisah pengislaman anak kedua daripada empat adik-beradik ini, keputusannya bergelar Muslim langsung tidak mendapat tentang ahli keluarga yang lain, waima isteri dan tiga anaknya.
Kemanisan pengislaman Muhammad Chan tambah bermakna apabila isterinya juga menurut jejak langkah bergelar Muslim tiga bulan kemudian dengan menggunakan nama, Aminah Lee Abdullah.
Pengislamannya dilakukan oleh ustaz Yusuf Abdullah di Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.
Lazimnya, anak-anak dan adik-beradik akan menentang apabila diberitahu bahawa ayah atau adik mereka hendak masuk Islam. Namun berlainan pula reaksi yang dialami oleh pasangan Muhammad Chan dan Aminah Lee.
“Sebelum saya memeluk Islam, saya ada beritahu abang sulung. Saya agak terkejut kerana abang saya yang merupakan seorang penganut Buddha yang taat dan pengamal vegetarian hampir 15 tahun, langsung tidak menentang.
“Malah dia menasihatkan saya agar menjadi seorang Muslim yang sejati bukan atas dasar suka-suka ataupun berkepentingan lain,” kata Muhammad Chan yang sentiasa murah dengan senyuman.
Malah ditanya kepada anak sulung Muhammad Chan iaitu Amos Chan, 31, katanya: “Agama Islam bukanlah asing bagi saya. Ini kerana saya banyak bergaul dengan orang Islam sama ada di alam persekolahan mahupun pekerjaan.
“Jadi, apabila ayah dan ibu mengambil keputusan untuk memeluk Islam, kami tidak sekali-kali menganggapnya sebagai sesuatu yang memalukan malah kami hormati pilihan mereka berdua.
“Jika agama yang mereka pilih itu menggembirakan, tidak ada sebab kami adik-beradik menentang,” kata Amos yang mengendalikan kilang pengeluaran jus minuman di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Di samping itu, akui Muhammad Chan, selepas bergelar Muslim, kehidupannya lebih tenang dan tenteram. Apatah lagi, dengan kenikmatan kesihatan yang sudah sihat sepenuhnya serta lebih memahami apa yang dimaksudkan nikmat sihat sebelum sakit.
Walau bagaimanapun, beliau akui mengalami cabaran di awal pengislaman iaitu dalam mendirikan solat terutamanya dari segi bacaan. Alhamdulillah, dengan adanya ilmu sewaktu mengikuti kursus-kursus jangka pendek anjuran Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru dan mendapat bimbingan daripada ustaz Yusuf Abdullah serta ustaz-ustaz lain, perkara itu berjaya diatasi.
“Pokok pangkalnya, kita sendiri kenalah berusaha. Saya pernah pergi ke satu kursus di mana saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, bagaimana orang yang Islam kerana sebab tertentu, bukan ikhlas kerana Allah. Saya jadi malu dan tidak menyangka ada yang berniat untuk kepentingan tertentu.
“Dalam bab belajar, saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Malah Allah telah berjanji mempermudahkan setiap usaha terutamanya kepada hamba-Nya yang berusaha ke arah lebih mengenali dan memahami Islam, insya-Allah,” jelas Muhammad Chan yang gembira bisnes kedai makannya kini semakin mendapat sambutan sejak pembukaannya kira-kira tujuh bulan lalu.
Ustaz Yusuf Abdullah yang turut serta dalam pertemuan pada pagi Krismas itu mengakui, semenjak mengenali Muhammad Chan sewaktu mengislamkan Aminah Lee, komitmen pasangan ini kepada Islam contohnya dalam melaksanakan solat, puasa wajar dicontohi golongan mualaf lain.
“Apabila saya diminta untuk menyamak kedai makannya, saya agak terkejut dengan keprihatinannya yang belum setahun memeluk Islam. Ditambah pula, kedainya turut menyediakan kemudahan bilik solat kepada pelanggan. Ini juga memudahkan dirinya, isteri dan pekerja Muslim melaksanakan ibadat solat.
“Beliau juga seorang yang pemurah dan sentiasa ingin belajar walaupun secara tidak formal dengan tidak malu bertanya berkaitan amal ibadat yang sukar difahami.
“Saya yakin, sebab itulah bisnes yang diusahakan berjalan lancar selain penyediaan makanan dan minuman yang sedap dan cepat serta pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah masakan Cina,” katanya yang berbangga dengan Muhammad Chan.

Rabu, 22 April 2009

kesan zikir terhadap otak manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



Cinta layaknya seperti seekor rama-rama..Semakin aku mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan aku..Biarkan rama-ramaku terbang kemana saja ia suka..Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanku Ia bakal mengibaskan sayapnya kearah aku Menumpang teduh dari panas, hujan badai duniawi..Dalam keadaan yg aku tidak sangka mungkin rama-rama yg aku kejar itu rama-rama yg Allah peruntukkan buat ku
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MEMBUKA RAHSIA.
(Umpat Yang Diharamkan & Umpat Yng diharuskan) Ulama’ menjelaskan mengenai perkara membuka rahsia ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian;
PERTAMA: Orang yang tersembunyi hal mereka dan jarang diketahui suatu dari kejahatan mereka, sekiranya ada terdengar atau diketahui suatu dari kejahatan atau kesalahan dari mereka, maka tidak harus dibuka atau diperkatakan hal mereka. Kerana pembukaan atau percakapan seperti ini adalah bererti mengumpat yang terlarang. Inilah yang dinaskan oleh Allah s.w.t dengan firmanNya:“Sesungguhnya mereka yang suka tersebar kejahatan dalam (golongan) orang-orang yang beriman, akan mendapat azab yang payah di dalam dunia dan akhirat.” (Surah: An-Nur : 19)Berdasarkan ayat inilah maka dikehendaki setiap orang supaya menutupi rahsia atau keaiban atau suatu kejahatan dari saudaranya terutama kalau hal itu semata-mata prasangka atau tuduhan yang tiada berasas.
KEDUA: Orang-orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau maksiat mereka secara terbuka atau berterang-terangan, sedang mereka sendiri tidak malu-malu mengerjakannya, tidak mengendahkan segala nasihat atau percakapan orang terhadap mereka, maka memperkatakan kelakuan mereka dalam perkara ini tidak dinamakan umpat dan tidaklah dicela. Bahkan diharuskan pula mencari latar belakang atau rahsia perbuatan mereka untuk ditentukan suatu tindakan yang sejajar dengan perbuatan mereka itu

bersatu


[Orang–orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.]
jadi kita haruslah bersatu dalam apahal sekalipun dalam memartabatkan ajaran Islam yang maha suci ini, eratkan perhubungan sesama umat bagi mendapatkan kilawan permata yang asli.