PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MEMBUKA RAHSIA.
(Umpat Yang Diharamkan & Umpat Yng diharuskan) Ulama’ menjelaskan mengenai perkara membuka rahsia ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian;
PERTAMA: Orang yang tersembunyi hal mereka dan jarang diketahui suatu dari kejahatan mereka, sekiranya ada terdengar atau diketahui suatu dari kejahatan atau kesalahan dari mereka, maka tidak harus dibuka atau diperkatakan hal mereka. Kerana pembukaan atau percakapan seperti ini adalah bererti mengumpat yang terlarang. Inilah yang dinaskan oleh Allah s.w.t dengan firmanNya:“Sesungguhnya mereka yang suka tersebar kejahatan dalam (golongan) orang-orang yang beriman, akan mendapat azab yang payah di dalam dunia dan akhirat.” (Surah: An-Nur : 19)Berdasarkan ayat inilah maka dikehendaki setiap orang supaya menutupi rahsia atau keaiban atau suatu kejahatan dari saudaranya terutama kalau hal itu semata-mata prasangka atau tuduhan yang tiada berasas.
KEDUA: Orang-orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau maksiat mereka secara terbuka atau berterang-terangan, sedang mereka sendiri tidak malu-malu mengerjakannya, tidak mengendahkan segala nasihat atau percakapan orang terhadap mereka, maka memperkatakan kelakuan mereka dalam perkara ini tidak dinamakan umpat dan tidaklah dicela. Bahkan diharuskan pula mencari latar belakang atau rahsia perbuatan mereka untuk ditentukan suatu tindakan yang sejajar dengan perbuatan mereka itu
Rabu, 22 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan